TELUK INTAN: Satu mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian tubuh dimakan biawak di sebatang sungai dekat Batu 3½ Jalan Maharajalela di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, penemuan mayat tanpa identiti itu dimaklumkan orang awam pada jam 12.05 tengah hari.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, terdapat banyak kesan gigitan biawak pada tubuh mangsa, malah bahagian muka juga sudah tidak lagi sempurna.
"Mangsa ditemukan tersangkut pada batang kayu di sungai itu dalam keadaan tanpa berpakaian. Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang pengenalan diri.
"Tempoh kematian mangsa tidak dapat dipastikan lagi dan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Ahmad Adnan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian tidak dapat dipastikan berikutan keadaan mayat yang telah reput.
Katanya, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga terdapat bukti baharu kejadian itu.
"Mereka yang ada kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Teluk Intan, Inspektor Mohd Nurhalim Shamsuri di talian 05-6299222. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 06 2024
Siasatan awal mendapati, terdapat banyak kesan gigitan biawak pada tubuh mangsa. - Gambar/ JBPM
Kasino di Forest City: 'Tuduhan jahat cuba gagalkan pembangunan SFZ'
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia juga dilihat mengulangi persepsi negatif berbentuk hasutan dan fitnah yang ditimbulkan pihak tertentu kepada Forest City pada tahun 2018.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Penemuan mayat lelaki di sungai, polis klasifikasi kes bunuh
Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dipercayai warga asing di sungai berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Paroi, di sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
Mayat ditemui dalam keadaan ngeri, sebahagian tubuh dimakan biawak
Satu mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian tubuh dimakan biawak di sebatang sungai dekat Batu 3 Jalan Maharajalela di Teluk Intan.
Mayat reput ditemukan terdampar di pantai di Kota Bharu
Satu mayat reput ditemukan terdampar di Pantai Kuda Pulau Dolah di sini, semalam.
Resah ibu terjawab, mayat anak ditemukan dalam parit
Keresahan seorang ibu apabila anaknya tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu akhirnya terjawab selepas mayat seorang lelaki ditemukan dalam parit berhampiran sebuah sekolah pada petang Sabtu.
Mayat ditemui terapung berhampiran Pulau Perhentian mungkin pelancong asing - Polis
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di perairan Pulau Rawa berhampiran Pulau Perhentian di sini semalam.
Mayat wanita muda ditemui di Pantai Puteri
Satu mayat tanpa identiti ditemukan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini hari ini.
Mayat lelaki ditemui terapung di Pulau Bum-Bum
Mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemukan terapung di laut berhampiran Jeti Balembang, Pulau Bum-Bum pada pagi Isnin.
Masalah kewangan dipercayai punca kerani dibunuh majikan
Masalah kewangan dipercayai punca seorang kerani dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam guni di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang dekat sini pada Jumaat.
Dibunuh kerana cemburu, mayat disorok dalam but kereta
Seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya dijumpai di dalam but kereta di Taman Sri Orkid, Seksyen 30 di sini pada Selasa.